Sabtu, 24 November 2012

TUMBESARAN MANUSIA

Kita akan mengalami pertambahan dari segi saiz, tinggi dan berat semasa tumbesaran.
 
 
 
Peringkat bayi 
 
                         
                  Peringkat kanak berumur bawah 1 tahun

 
 

                  Peringkat kanak berumur 5 tahun
                                                             



             Peringkat kanak berumur 10 tahun



 
                                                                      Peringkat remaja






                                       
                               

                                                          Peringkat dewasa                                          


Ahad, 11 November 2012

KEPENTINGAN DAN RISIKO

Kepentingan Makanan Seimbang

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun, ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.

Punca utama serangan penyakit-penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.

Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.

Risiko Pengambilan Makanan Yang Tidak Sihat

1. Obesiti @ kegemukan
Kegemukan berpunca daripada pengambilan kalori yg berlebihan selain pengambilan lebihan tenaga yang terhasil daripada lemak, gula, karbohidrat, dan protein. Obesiti terjadi apabila tenaga yg diambil lebih banyak daripada tenaga yang disimpan. Badan akan menyimpan kalori yg berlebihan dalam bentuk tisu adipos & lemak berbanding dengan menukarkannya dalam bentuk tenaga.


2. Penyakit
- Diabetes @ kencing manis akan menyerang seseorang yang terlalu banyak makan makanan bergula. Kerosakan pada pembuluh-pembuluh darah dan ginjal akan menyebabkan penghidapnya menghadapi masalah kekurangan isulin di dalam badan. Tubuh badan yang gagal mengawal penggunaan gula akan menyebabkan lemak sukar dihancurkan sewaktu metabolisme. Kanser usus juga dikiatkan dengan corak pemakanan. Bahan-bahan makanan yang berlebihan akan tersimpan di usu besar dan menghasilkan toksin. Penyakit jantung juga akan menyerang seseorang yang tidak mengamalkan corak pemakanan yang sihat. Anoreksia nervosa juga akan timbul apabila seseorang itu kehilangan nafsu makan.

3. Keracunan makanan
- makanan yang tidak sihat perlu dijauhi. Penyediaan makanan juga diambil kira dalam mengenal pasti bahawa makanan yang diambil bersih & segar. Pengambilan makanan yang telah tercemar akan mengakibatkan cirit-birit, sakit perut, muntah dan deman.

4. Malnutrisi
- pengambilan gizi makanan yang tidak seimbangan akan menyebabkan penyakit beri-beri, kwasyiorkor, & riket. Ibu-ibu yang mengandung dimestikan utk mengambil makanan yang seimbang agar bayi yang dikandung membesar dengan normal.

5. Kekurangan nutrisi
- kanak-kanak yang kurus selalunya disebabkan tidak mengambil makanan yang cukup utk menampung keperluan tubuh badan dalam menjalani kehidupan harian. Kanak-kanak akan kelihatan tidak sihat, kurus, dan mudah jangkitan penyakit.

6. Osteoporosis
- Gaya hidup dgn mengambil makanan yang tidak seimbang, terutamanya kekurangan kalsium, merokok, dan mengambil alcohol akan mendedahkan diri kepada keadaan tulang yang rapuh, mudah patah, & tulang lemah. Osteomalasia, iaitu penyakit tulang menjadi lembut terjadi di kalangan ibu-ibu hamil yang kekurangan kalsium, fosforus, dan vitamin.

Jumaat, 9 November 2012

MAKANAN SEIMBANG


Pemakanan seim­bang terdiri daripada komposisi karborhidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, garam, gula dan serat. Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga, makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit.

Piramid Makanan






MANUSIA

Makanan, air, udara dan tempat perlindungan penting kepada manusia. Semua ini dinamakan keperluan asas manusia. Keperluan asas ini penting kepada manusia untuk terus hidup.


 


Kegunaan Air Kepada Manusia


Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Terdapat 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air. Antaranya kegunaan air :

a.  Kekal bentuk badan yang cantik dengan air. 
b.  Air membantu meningkatkan tenaga .
c.  Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.
d.  Air mampu mengurangkan stres.
e.  Bentuk otot anda dengan air.
f.  Mencantikkan kulit .
g.  Air melancarkan proses penghadaman.
h.  Air mengurangkan pembentukan batu karang.

Adakah anda minum air dengan cukup?
Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.
Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.

Kegunaan Makanan Kepada Manusia

Pengambilan diet seimbang adalah kunci utama untuk mendapatkan kesihatan yang baik serta tubuh yang cergas terutamanya apabila usia kita semakin bertambah. Apa yang kita makan akan memberikan kesan terhadap semua aspek tubuh – mood, tahap tenaga, fungsi otak, tabiat tidur dan kesihatan secara keseluruhan. Diet seimbang akan memberikan anda tenaga untuk menjalani hari sebaiknya. Untuk itu, pastikan anda mengambil makanan yang seimbang di dalam hidangan seharian anda.

Kegunaan Tempat Perlindungan Kepada Manusia

Sebuah tempat tinggal biasanya berwujud bangunan rumah, tempat berteduh, atau struktur lainnya yang digunakan sebagai tempat manusia tinggal. Manusia memerlukan tempat perlindungan untuk mengelakkan ancaman cuaca dan haiwan.

Kegunaan Udara Kepada Manusia

Udara mengandungi gas oksigen yang kita perlukan untuk bernafas. Sekiranya udara ini tiada, maka manusia akan mati. Udara adalah lautan yang kita hidup dalamnya. Ia memberi tekanan kepada kita badan kita dan mengimbangi tekanan cairan badan, darah dan sebagainya. Sekiranya tekanan tidak seimbang, urat darah kita akan pecah dan darah akan terburai. Tekanan yang seimbang membuat kita tidak merasa tekanan darah dan udara. Udara adalah agen pembawa hujan kepada kita secara percuma.