Sabtu, 8 Disember 2012

AIR


Air merupakan keperluan asas kepada semua kehidupan. Setiap hari manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan menggunakan air sebagai punca minuman. Air diminum secara langsung oleh manusia dan haiwan. Tumbuh-tumbuhan pula menyerap air untuk membuat makanan. 

Air mencakupi 70% daripada keluasan bumi. Namun begitu jumlah air tawar adalah kecil. Kebanyakan air hanya boleh didapati di laut dan lautan yang luas terbentang. Sungai merupakan aliran air yang mengalir dari kawasan pergunungan ke kawasan yang lebih rendah. Air sungai berpunca dari hujan yang turun di kaki gunung atau bukit dan kemudian mengalir ke laut. Amat sukar untuk mendapatkan sungai yang bersih dan membekalkan sumber air kepada manusia. Oleh itu seharusnya sungai perlu dijaga untuk memastikan bekalan air bersih berpanjangan. 

Pada zaman dahulu kebanyakan sungai dijadikan alat perhubungan yang penting dan sumber protein. Setelah jalan raya dibina, sungai hanya berfungsi sebagai jalan perhubungan di kawasan pedalaman, sumber makanan dan sebagainya. Kemajuan yang dicapai telah memberi faedah yang cukup besar kepada manusia sendiri. Suatu ketika dahulu manusia terpaksa bersusah payah untuk mendapatkan bekalan air dari sungai, kolam, perigi atau laut. Dengan perkembangan teknologi, memudahkan manusia untuk terus mendapat manfaat daripada kemajuan tersebut. Bekalan saluran paip merupakan salah satu kemudahan yang diperolehi daripada teknologi. Manusia hanya perlu memutarkan kepala paip untuk mendapatkan air. Bahkan di negara-negara yang beriklim sejuk sederhana, bekalan air panas turut disediakan untuk memudahkan manusia memanaskan badan. 

Air bukan sahaja diperolehi daripada sungai, tasik, kolam atau terusan, tetapi turut menggunakan air laut. Proses penutrealan telah dilakukan di negara-negara yang kekurangan air tawar untuk memenuhi permintaan. Selain itu terdapat juga beberapa buah negara menjalani proses pengitaran air kumbahan untuk digunakan semula. Teknologi ini mencakupi pelbagai aspek segi sumber bekalan, takungan, saluran paip dan proses pengitaran. Sekiranya tidak terdapat peningkatan dalam kejuruteraan, bekalan air tidak dapat disalurkan ke kawasan kediaman seperti hari ini.


 
 

UDARA


Udara adalah satu keperluan hidup. Udara yang bersih menjamin suasana kehidupan yang lebih selesa. Kita mampu hidup selama beberapa minggu tanpa makanan. Kita juga mampu hidup tanpa air selama beberapa hari tetapi kita akan mati dalam tempoh 4 minit tanpa udara. Dalam dunia yang semakin moden dan tercemar ini, kita bukan sahaja memerlukan udara tetapi udara yang bersih untuk terus hidup. Secara umumnya, kualiti udara boleh dikategorikan kepada 2 iaitu udara bersih dan udara tercemar.
 

Udara bersih wujud secara semulajadi. Udara bersih adalah sangat penting ke arah kualiti hidup yang lebih baik untuk manusia, haiwan dan juga tumbuhan. Udara tercemar pula adalah campuran udara bersih dengan bahan bergas ataupun partikel yang dibebaskan ke atmosfera oleh pelbagai aktiviti.
 

Pelepasan dari kenderaan bermotor, perindustrian, pembakaran terbuka bahan buangan dan lain-lain aktiviti manusia menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara. Tahap pencemaran udara yang umum terutama di kawasan bandar akan menjejaskan kesihatan manusia, haiwan, tumbuhan, bangunan dan sebagainya. Kemerosotan kualiti udara ini berpunca dari bahan pencemar yang dilepaskan ke udara secara terus ataupun melalui tindakan kimia.

 
Udara tercemar menyebabkan gangguan kepada kesihatan manusia terutama sekali kepada sistem pernafasan yang akan mengakibatkan gangguan pada paru-paru dan jantung, batuk kering atau lelah dan juga boleh membawa kepada ancaman kanser.
 

Penyelesaian kepada isu pencemaran udara telah tersedia untuk diaplikasikan tetapi ia memerlukan komitmen semua pihak yang terlibat. Dalam erti kata lain, penyelesaian secara teknikal sahaja seperti penggunaan air filter di kilang-kilang atau catalytic converter dalam kereta adalah tidak mencukupi. Kita memerlukan perubahan dalam perancangan seperti mempromosikan pengangkutan awam ke arah pembangunan bandar yang mengamalkan prinsip pengurangan penggunaan kenderaan bermotor. Kita memerlukan perubahan dalam sistem pengangkutan bagi mengelakkan penggunaan kereta yang terlalu kerap. Tahukah anda bahawa kenderaan bermotor menyumbang kepada sekurang-kurangnya 60 - 70% kadar pencemaran udara di bandar-bandar utama.
 

Masyarakat hari ini telah mula sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar dan kesedaran ini perlulah dipertingkatkan di setiap peringkat umur khasnya di kalangan generasi baru. Masyarakat perlu sedar mengenai tanggungjawab bersama dalam memelihara kualiti udara.
 
 
 
 

 

TEMPAT TINGGAL


Dalam arti umum, rumah adalah bangunan yang dijadikan tempat tinggal selama jangka waktu tertentu. Rumah biasa menjadi tempat tinggal manusia. Dalam arti khusus, rumah mengacu pada konsep-konsep sosial-kemasyarakatan yang terjalin di dalam bangunan tempat tinggal, seperti keluarga, tempat bertumbuh, makan, tidur, beraktiviti dan lain-lain lagi.

Sebagai bangunan, rumah berbentuk ruangan yang dibatasi oleh dinding dan atap, biasanya memiliki jalan masuk berupa pintu, bisa berjendela ataupun tidak. Lantainya bisa berupa tanah, ubin, babut, keramik, atau bahan lainnya. Rumah modern biasanya lengkap memiliki unsur-unsur ini, dan ruangan di dalamnya terbagi-bagi menjadi beberapa kamar yang berfungsi spesifik, seperti kamar tidur, kamar mandi, WC, ruang makan, ruang keluarga, ruang tamu, garasi, gudang, teras dan pekarangan.

Dalam kegiatan sehari-hari, orang biasanya berada di luar rumah untuk bekerja bersekolah atau melakukan aktiviti lain, tetapi paling sedikit rumah berfungsi sebagai tempat untuk tidur bagi keluarga ataupun perseorangan. Selebihnya, rumah juga digunakan sebagai tempat beraktiviti antara anggota keluarga atau teman, baik di dalam maupun di luar rumah pekarangan.

Rumah dapat berfungsi sebagai: tempat untuk menikmati kehidupan yang nyaman, tempat untuk beristirahat, tempat berkumpulnya keluarga dan tempat untuk menunjukkan tingkat sosial dalam masyarakat.