Ahad, 11 November 2012

KEPENTINGAN DAN RISIKO

Kepentingan Makanan Seimbang

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun, ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.

Punca utama serangan penyakit-penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.

Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.

Risiko Pengambilan Makanan Yang Tidak Sihat

1. Obesiti @ kegemukan
Kegemukan berpunca daripada pengambilan kalori yg berlebihan selain pengambilan lebihan tenaga yang terhasil daripada lemak, gula, karbohidrat, dan protein. Obesiti terjadi apabila tenaga yg diambil lebih banyak daripada tenaga yang disimpan. Badan akan menyimpan kalori yg berlebihan dalam bentuk tisu adipos & lemak berbanding dengan menukarkannya dalam bentuk tenaga.


2. Penyakit
- Diabetes @ kencing manis akan menyerang seseorang yang terlalu banyak makan makanan bergula. Kerosakan pada pembuluh-pembuluh darah dan ginjal akan menyebabkan penghidapnya menghadapi masalah kekurangan isulin di dalam badan. Tubuh badan yang gagal mengawal penggunaan gula akan menyebabkan lemak sukar dihancurkan sewaktu metabolisme. Kanser usus juga dikiatkan dengan corak pemakanan. Bahan-bahan makanan yang berlebihan akan tersimpan di usu besar dan menghasilkan toksin. Penyakit jantung juga akan menyerang seseorang yang tidak mengamalkan corak pemakanan yang sihat. Anoreksia nervosa juga akan timbul apabila seseorang itu kehilangan nafsu makan.

3. Keracunan makanan
- makanan yang tidak sihat perlu dijauhi. Penyediaan makanan juga diambil kira dalam mengenal pasti bahawa makanan yang diambil bersih & segar. Pengambilan makanan yang telah tercemar akan mengakibatkan cirit-birit, sakit perut, muntah dan deman.

4. Malnutrisi
- pengambilan gizi makanan yang tidak seimbangan akan menyebabkan penyakit beri-beri, kwasyiorkor, & riket. Ibu-ibu yang mengandung dimestikan utk mengambil makanan yang seimbang agar bayi yang dikandung membesar dengan normal.

5. Kekurangan nutrisi
- kanak-kanak yang kurus selalunya disebabkan tidak mengambil makanan yang cukup utk menampung keperluan tubuh badan dalam menjalani kehidupan harian. Kanak-kanak akan kelihatan tidak sihat, kurus, dan mudah jangkitan penyakit.

6. Osteoporosis
- Gaya hidup dgn mengambil makanan yang tidak seimbang, terutamanya kekurangan kalsium, merokok, dan mengambil alcohol akan mendedahkan diri kepada keadaan tulang yang rapuh, mudah patah, & tulang lemah. Osteomalasia, iaitu penyakit tulang menjadi lembut terjadi di kalangan ibu-ibu hamil yang kekurangan kalsium, fosforus, dan vitamin.

6 ulasan:

  1. Ya,saya berpendapat 'Kesihatan ialah kekayaan kita‘ ,maka kita haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat iaitu makan makanan yang seimbang dan berkhasiat pada setiap hari.Terima kasih atas perkongsian maklumat yang berguna ini.

    BalasPadam
  2. Penerangan yang jelas,terima kasih ~^O^

    BalasPadam
  3. maklumat yang padat,amat berguna bagi kita semua,tidak kira usia mahupun jantina. terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  4. Maklumat yang lengkap dan padat untuk dikongsi bersama! Terima kasih!

    BalasPadam