RPH


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
 
Tarikh / Hari    :  21Februari 2012 ( Selasa )     Masa : 8.30 pagi – 9.30 pagi ( 60 minit)
Kelas                : Tahun 2 Jujur                         Bilangan Pelajar : 28 orang
Mata Pelajaran : Dunia Sains Dan Teknologi
Tema                : Manusia
Tajuk                : Makanan Dan Khasiatnya
 
Objektif                          : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
1)      Membaca petikan dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
2)      Memahami kelas makanan, fungsi makanan seimbang serta kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang.
3)      Bersoal jawab tentang makanan yang berkhasiat.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid pernah makan pelbagai jenis makanan  berkhasiat dan tidak berkhasiat.                           .
Penggabungjalinan              :  Bahasa , Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
KBKK                                 :  Membanding beza , Menjana idea , Menganalisis
Strategi                                :  Kemahiran ICT , Masteri , Verbal Linguistik
Bahan Bantu Mengajar      : Sukatan Pelajaran Sains KSSR , Buku Sumber Guru Sains sekolah rendah, Rancangan Tahunan Sains KSSR Tahun 2
Bahan Bantu Belajar            :  Slaid Power Point, Piramid Makanan
Nilai Murni                          :  Bertanggungjawab, Kesederhanaan dan Keyakinan diri
EMK                                     :  kreativiti dan inovasi
TMK                                    :   Menggunakan komputer dan Projektor LCD
 
 
Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
 
Set Induksi
(5 minit)
 
 
Membanding beza:
Keadaan fizikal
 
Sesi soal jawab.
i)    Ceritakan apa yang dapat kamu lihat.
1.  Guru memaparkan gambar-gambar dengan menggunakan slide Powerpoint.
2.  Guru menyoalkan murid tentang gambar yang ditunjukkan.
 
 
 
                                     
                      
1. Murid menerangkan    keadaan fizikal yang ditunjukkan dalam gambar-gambar.
2.Murid diminta membanding beza keadaan fizikal dan dibahagikan kepada kategori, iaitu sihat dan lemah.
 
KBKK :
Membanding Beza
 
Strategi :
- Kemahiran ICT
- Verbal Linguistik
 
Konsep 5P:
Gabungjalinan :
Bahasa Melayu
( Keadaan fizikal )
 
Konsep 5P
Penerapan Nilai :
Keyakinan
Strategi / Teknik: Penyoalan seluruh kelas.
 
Langkah 1
(20 minit)
 
Pengenalan makanan seimbang dan jenis kumpulan makanan.
Sesi soal jawab.
i)    Apakah makanan yang tergolong dalam kumpulan karbohidrat?
ii)  Apakah makanan yang tergolong dalam kumpulan protein?
iii)Apakah makanan yang tergolong dalam kumpulan vitamin atau mineral galian?
iv)Apakah makanan yang tergolong dalam kumpulan lemak atau minyak?
v)  Apakah fungsi makanan seimbang terhadap tubuh badan?
 
1.   Guru menerangkan definisi dan konsep makanan seimbang.
2.   Guru menjelaskan kumpulan makanan dan fungsi-fungsi makanan berdasarkan piramid makanan.
3.   Guru menyoalkan murid berdasarkan piramid makanan.
4.   Guru menggabungjalinkan mata pelajaran Sains dengan pengelasan makanan dan fungsi-fungsi makanan terhadap tubuh badan.
 
1.   Murid  memberi pendapat dan idea tentang kumpulan-kumpulan yang terkandung dalam piramid makanan.
 
Rujukan :
Piramid makanan
 
KBKK :
Menjana Idea
 
Strategi :
- Kemahiran ICT
- Verbal Linguistik
 
Konsep 5P:
Gabungjalinan :
-Sains
-Bahasa Melayu
( Piramid makanan  )
 
Konsep 5P
Penerapan Nilai :
- Kesederhanaan
 
Strategi / Teknik: Penyoalan seluruh kelas.
 
Langkah 2
(15 minit)
 
Kepentingan pengambilan makanan seimbang.
Faktor-faktor pengabaian makanan seimbang.
Prinsip-prinsip pemakanan sihat.
Penggunaan Tatabahasa : Kata Tanya
 
 
Sesi soal jawab.
i)    Apakah kepentingan pengambilan makanan seimbang?
ii)  Apakah faktor-faktor pengambaian makanan seimbang?
iii)Bagaimanakah mengamalkan prinsip pemakanan sihat?
 
1.   Guru menerangkan kepentingan pengambilan makanan seimbang.
2.   Guru menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pengabaian makanan seimbang.
3.   Guru menitikberatkan prinsip pemakanan sihat.
4.   Guru menerangkan definisi kata tanya dan penggunaan tatabahasa kata tanya.
5.   Guru memberikan contoh ayat tanya.
6.   Guru menggabungjalinkan mata pelajaran PJK dengan kebaikan aktiviti fizikal.
 
1.   Murid memberi pendapat atau idea dalam aktiviti soal jawab.
2.   Murid memberi contoh ayat tanya.
3.   Murid menyebut kebaikan bersenam.
 
KBKK :
- Menjana Idea
- Menganalisis
 
Strategi :
Masteri
 
Konsep 5P
Gabungjalinan :
-  PJK
-Tatabahasa
( Kata Tanya )
 
Konsep 5P
Penerapan Nilai :
- Keyakinan
- Bertanggungjawab
 
Strategi / Teknik: Penyoalan seluruh kelas.
Langkah 3
(15 minit)
 
Pengayaan dan Pemulihan – Membaca, mendengar dan bertutur
 
1.   Guru membimbing murid membaca petikan yang diberikan.
2.   Guru menyoalkan murid tentang “Menu Saya Berkhasiat”.
3.   Guru menjalankan aktiviti pengayaan.
4.   Guru menjalankan aktiviti pemulihan.
 
1.   Murid membaca petikan dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
2.      Murid menjawab soalan secara bertatasusila.
 
KBKK :
- Menjana Idea
- Verbal 
  Linguistik
 
Strategi :
Masteri
 
Konsep 5P
Gabungjalinan :
-Tatabahasa
( Kata Tanya )
 
Konsep 5P
Penerapan Nilai :
- Keyakinan
- Bertanggungjawab
 
Strategi / Teknik: Penyoalan seluruh kelas
 
 
 
 
 
Penutup
(5 minit)
 
Rumusan.
 - Kumpulan makanan dan kepentingan makanan seimbang.
 
 - Penggunaan kata tanya dalam pertuturan.
1.    Guru merumuskan kumpulan makanan dan kepentingan makanan seimbang.
2.    Guru mengulangi penggunaan kata tanya dalam pertuturan.
3.    Guru mengedarkan lembaran kerja.
Guru membincangkan hasil kerja murid.
1.      Murid membuat lembaran kerja dengan bersungguh-sungguh.
 
KBKK :
- Menjana Idea
- Verbal 
  Linguistik
 
Strategi :
Masteri
 
Konsep 5P
Gabungjalinan :
-Tatabahasa
( Kata Tanya )
 
Konsep 5P
Penerapan Nilai :
- Keyakinan
- Bertanggungjawab
Strategi / Teknik: Penyoalan seluruh kelas
 
 
 
 


 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan