Jumaat, 9 November 2012

MANUSIA

Makanan, air, udara dan tempat perlindungan penting kepada manusia. Semua ini dinamakan keperluan asas manusia. Keperluan asas ini penting kepada manusia untuk terus hidup.


 


Kegunaan Air Kepada Manusia


Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Terdapat 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air. Antaranya kegunaan air :

a.  Kekal bentuk badan yang cantik dengan air. 
b.  Air membantu meningkatkan tenaga .
c.  Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.
d.  Air mampu mengurangkan stres.
e.  Bentuk otot anda dengan air.
f.  Mencantikkan kulit .
g.  Air melancarkan proses penghadaman.
h.  Air mengurangkan pembentukan batu karang.

Adakah anda minum air dengan cukup?
Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.
Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.

Kegunaan Makanan Kepada Manusia

Pengambilan diet seimbang adalah kunci utama untuk mendapatkan kesihatan yang baik serta tubuh yang cergas terutamanya apabila usia kita semakin bertambah. Apa yang kita makan akan memberikan kesan terhadap semua aspek tubuh – mood, tahap tenaga, fungsi otak, tabiat tidur dan kesihatan secara keseluruhan. Diet seimbang akan memberikan anda tenaga untuk menjalani hari sebaiknya. Untuk itu, pastikan anda mengambil makanan yang seimbang di dalam hidangan seharian anda.

Kegunaan Tempat Perlindungan Kepada Manusia

Sebuah tempat tinggal biasanya berwujud bangunan rumah, tempat berteduh, atau struktur lainnya yang digunakan sebagai tempat manusia tinggal. Manusia memerlukan tempat perlindungan untuk mengelakkan ancaman cuaca dan haiwan.

Kegunaan Udara Kepada Manusia

Udara mengandungi gas oksigen yang kita perlukan untuk bernafas. Sekiranya udara ini tiada, maka manusia akan mati. Udara adalah lautan yang kita hidup dalamnya. Ia memberi tekanan kepada kita badan kita dan mengimbangi tekanan cairan badan, darah dan sebagainya. Sekiranya tekanan tidak seimbang, urat darah kita akan pecah dan darah akan terburai. Tekanan yang seimbang membuat kita tidak merasa tekanan darah dan udara. Udara adalah agen pembawa hujan kepada kita secara percuma.

13 ulasan:

  1. Dengan adanya keperluan asas ini, manusia baru dapat hidup dengan lebih sihat dan cergas.

    BalasPadam
  2. Maklumat yang sungguh berguna kepada kita semua. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    BalasPadam
  3. informasi yang sangat berguna
    thanks for sharing

    BalasPadam
  4. satu blog yang padat dengan makulmat yang berguna kepada guru yang mengajar subjek ini, syabas

    BalasPadam